Bertakwalah kalian kepada Allah, dan sambungkanlah hubungan silaturahim, kerana ia lebih kekal untuk kalian di dunia

TEKS BAHASA ARAB

اتقوا الله، وصلوا الأرحام، فإنه أبقى لكم في الدنيا، وخير لكم في الآخرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bertakwalah kalian kepada Allah, dan sambungkanlah hubungan silaturahim, kerana ia lebih kekal untuk kalian di dunia, dan lebih baik untuk kalian di akhirat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1989, hadis nombor 9960. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن قتادة، قال: (وَاتَّقُواْ اللّهَ الَّذِي تَسَاءلُونَ بِهِ وَالأَرْحَامَ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيباً): ذكر لنا أن نبي الله صلى الله عليه وسلم كان يقول: ((اتقوا الله، وصلوا الأرحام، فإنه أبقى لكم في الدنيا، وخير لكم في الآخرة)).
[ابن جرير، ((الضعيفة)) (2157)]

(Lemah) Daripada Qatadah, beliau berkata: {Dan jaga-jagalah kalian akan Allah Yang kalian sering meminta-minta dengan-Nya dan (jaga-jagalah) hubungan-hubungan rahim. Sesungguhnya Allah ke atas kalian adalah Amat Mengawasi}: Disebutkan kepada kami, bahawa Nabi Allah SAW pernah bersabda: “Bertakwalah kalian kepada Allah, dan sambungkanlah hubungan silaturahim, kerana ia lebih kekal untuk kalian di dunia, dan lebih baik untuk kalian di akhirat.”
[Riwayat Ibnu Jarir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2157]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs