Bertakwalah engkau pada apa yang engkau ketahui

TEKS BAHASA ARAB

اتق الله فيما تعلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bertakwalah engkau pada apa yang engkau ketahui.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1978, hadis nombor 9895. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن يزيد بن سلمة -رضي الله عنه- أنه قال: يا رسول الله! إني قد سمعت منك حديثا كثيرا، أخاف أن ينسيني أوله آخره، فحدثني بكلمة تكون جماعا، فقال: ((اتق الله فيما تعلم)).
[ت، عبد بن حميد، ((الضعيفة)) (1696)]

(Lemah) Daripada Yazīd bin Salamah RA bahawasanya beliau berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah mendengar daripadamu hadis yang banyak, aku bimbang akan melupakan aku yang awalnya oleh yang akhirnya, maka beritahulah kepadaku dengan satu kalimah yang akan menjadi himpunan. Lalu baginda bersabda: Bertakwalah engkau pada apa yang engkau ketahui.
[Riwayat al-Tirmidhī dalam al-Sunan, ‘Abd bin Ḥumaid dalam al-Muntakhab min al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1696]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs