Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Bertakbirlah pada hujung solat fajar bermula hari 'Arafah hingga solat Asar penghujung hari-hari tasyrik

Teks Bahasa Arab

كَبَّرْ في دُبُرِ صلاةِ الفجر من يومِ عرفةَ إلى آخر أيام التشريق صلاة العصر.

Teks Bahasa Melayu

Bertakbirlah pada hujung solat fajar bermula hari 'Arafah hingga solat Asar penghujung hari-hari tasyrik.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1458, hadis no. 7419. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي بن أبي طالب - رضي الله عنه - رفعه: ((كبر في دبر صلاة الفجر من يوم عرفة إلى آخر أيام التشريق صلاة العصر)). [فر، الضعيفة)) (3238)]

(Palsu) Daripada Ali bin Abi Talib RA, beliau sebutkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bertakbirlah pada hujung solat fajar bermula hari 'Arafah hingga solat Asar penghujung hari-hari tasyrik. [Riwayat ad-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3238]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.