Bertakbirlah ke atas orang-orang yang telah mati daripada kalangan kamu sebanyak empat kali takbir pada waktu malam dan siang

TEKS BAHASA ARAB

كبروا على موتاكم بالليل والنهار أربع تكبيرات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bertakbirlah ke atas orang-orang yang telah mati daripada kalangan kamu sebanyak empat kali takbir pada waktu malam dan siang

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1744, hadis nombor 8785. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((كبروا على موتاكم بالليل والنهار أربع تكبيرات.)) [حم، الطوسي في ((الأربعين))، هق، طس، ((الضعيفة)) (4085)].

(Lemah)
Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Bertakbirlah ke atas orang-orang yang telah mati daripada kalangan kamu sebanyak empat kali takbir pada waktu malam dan siang.))
[Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, al-Tusi dalam al-Arba’in, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra dan al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4085].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs