Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كبِّروا علَى موتاكم باللَّيلِ والنَّهارِ أربعَ تَكْبيراتٍ.
Teks Bahasa Melayu
Bertakbirlah (dengan mendirikan solat jenazah) ke atas mereka yang mati dari kalangan kamu pada waktu malam dan siang, sebanyak empat kali takbir (dalam solat jenazah).
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 293, hadis no. 1545. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر -رضي الله عنه - - مرفوعا: «كبروا على موتاكم بالليل والنهار أربع تكبيرات». [حم، الطوسي في «الأربعين»، هق، «الضعيفة» (4085)]
(Daif) Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bertakbirlah (dengan mendirikan solat jenazah) ke atas mereka yang mati dari kalangan kamu pada waktu malam dan siang, sebanyak empat kali takbir (dalam solat jenazah). [Riwayat Musnad Ahmad, al-Thusi dalam al-Arba’in, Sunan al-Kubra oleh al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4085]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman