Bertakbirlah bertakbirlah pada akhir semua surah sehingga kamu khatam

TEKS BAHASA ARAB

قرأت على إسماعيل بن عبد الله بن قسطنطين، فلما بلغت: والضحى قال: كبر عند خاتمة كل سورة؛ فإني قرأت على عبد الله بن كثير، فلما بلغت: والضحى، قال: كبر حتى تختم. وأخبره ابن كثير أنه قرأ على مجاهد ، فأمره بذلك ، وأخبره مجاهد أن ابن عباس أمره بذلك ، وأخبره ابن عباس أن أبي بن كعب أمره بذلك، وأخبره أبي أن النبي صلى الله عليه وسلم أمره بذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku telah membacakan (al-Qur’an) kepada Ismail bin Abdullah bin Qustantin. Apabila aku sampai pada ayat “Demi waktu Dhuha.” [al-Dhuha: 1] Dia berkata kepadaku: Bertakbirlah bertakbirlah pada akhir semua surah sehingga kamu khatam. Abdullah bin Kathir telah mengkhabarkan kepadanya bahawa dia membaca kepada Mujahid dan dia memerintahkannya perkara yang sama. Mujahid telah mengkhabarkan kepadanya bahawa Ibn Abbas memerintahkannya perkara yang sama. Ibn Abbas telah mengkhabarkan kepadanya bahawa Ubay bin Ka’ab memerintahkannya perkara yang sama. Ubay bin Ka’ab telah mengkhabarkan kepadanya bahawa Nabi SAW memerintahkannya perkara yang sama.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1555, hadis nombor 7885. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عكرمة بن سليمان، قال: قرأت على إسماعيل بن عبد الله بن قُسْطَنْطِيْن، فلما بلغت: {والضحى} ، قال لي: كبِّر كبِّر عند خاتمة كل سورة حتى تختم، وأخبره عبد الله بن كثير: أنه قرأ على مجاهد فأمره بذلك، وأخبره مجاهد: أن ابن عباس أمره بذلك. وأخبره ابن عباس: أن أُبي بن كعب أمره بذلك، وأخبره أبي بن كعب: أن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أمره بذلك. [ابن أبي حاتم في ((العلل)، الفاكهي في ((أخبار مكة))، ك، هب، البغوي في ((تفسيره))، الذهبي في ((الميزان))، ((الضعيفة)) (6133)]

(Munkar)
Daripada Ikrimah bin Sulaiman beliau berkata: “Aku telah membacakan (al-Qur’an) kepada Ismail bin Abdullah bin Qustantin. Apabila aku sampai pada ayat “Demi waktu Dhuha.” [al-Dhuha: 1] Dia berkata kepadaku: Bertakbirlah bertakbirlah pada akhir semua surah sehingga kamu khatam. Abdullah bin Kathir telah mengkhabarkan kepadanya bahawa dia membaca kepada Mujahid dan dia memerintahkannya perkara yang sama. Mujahid telah mengkhabarkan kepadanya bahawa Ibn Abbas memerintahkannya perkara yang sama. Ibn Abbas telah mengkhabarkan kepadanya bahawa Ubay bin Ka’ab memerintahkannya perkara yang sama. Ubay bin Ka’ab telah mengkhabarkan kepadanya bahawa Nabi SAW memerintahkannya perkara yang sama.”
[Riwayat Ibn Abi Hatim dalam al-‘Ilal, al-Fakihi dalam Akhbar Makkah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, al-Baghawi dalam Tafsir beliau dan al-Zahabi dalam al-Mizan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6133]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs