Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Bersugilah secara melintang

Teks Bahasa Arab

‌اسْتَاكُوا ‌عَرْضًا ‌وَادَّهِنُوا ‌غِبًّا ‌وَاكْتَحِلُوا ‌وِتْرًا.

Teks Bahasa Melayu

Bersugilah secara melintang, pakailah minyak rambut sekali sekala dan bercelaklah dengan bilangan ganjil.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 15, hadis no. 26. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن الصلاح بحثت عنه فلم أجد له أصلا ولا ذكرا في كتب الحديث انتهى. لكن جاء معناه في الأحاديث.

Berkata Ibn al-Solah: "Aku telah mencari tentang hadith tersebut namun aku belum menemui asalnya, juga tidak disebutkan dalam kitab-kitab hadith" tamat nukilan. Namun, telah datang seperti maknanya di dalam beberapa hadith.

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.