Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Bersuci itu ada empat

Teks Bahasa Arab

الطهُراتُ أربعٌ قصُّ الشَّاربِ، وحلقُ العانةِ، وتقليمُ الأظفارِ والسِّواكُ.

Teks Bahasa Melayu

Bersuci itu ada empat, iaitu memendekkan misai, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku dan bersiwak.

Sahabat Perawi

  1. Abu al-Darda' RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1194, hadis no. 6056. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي الدرداء رضي الله عنه مرفوعا: الطهارات أربع: قص الشارب، وحلق العانة، وتقليم الأظفار والسواك. [الأشج في ((حديثه))، البزار، ((الضعيفة)) (1271)]

(Lemah) Daripada Abi al-Darda' RA secara marfu': Bersuci itu ada empat, iaitu memendekkan misai, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku dan bersiwak. [Riwayat al-Ashaj dalam hadith beliau dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1271]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.