TEKS BAHASA ARAB
استاكوا، لا تأتوني قلحا، لولا أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك عند كل صلاة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bersiwaklah, janganlah kamu mendatangi aku dalam keadaan gigi berkarat kekuningan. Kalaulah tidak menyusahkan umatku nescaya aku akan perintahkan mereka bersiwak setiap kali solat.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1197, hadis nombor 6075. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن ابن عباس رضي الله عنه مرفوعا: استاكوا، لا تأتوني قلحا، لولا أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك عند كل صلاة.
[الخطيب في ((الجامع))، ((الضعيفة)) (1748)]
(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’: Bersiwaklah, janganlah kamu mendatangi aku dalam keadaan gigi berkarat kekuningan. Kalaulah tidak menyusahkan umatku nescaya aku akan perintahkan mereka bersiwak setiap kali solat.
[Riwayat al-Khatib dalam al-Jami'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1748]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.