Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
استاكوا، لا تأتوني قلحا، لولا أن أَشُقَّ على أمتي ؛ لَأَمَرْتُهُم بالسواكِ عندَ كُلِّ صلاةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Bersiwaklah, janganlah kamu mendatangi aku dalam keadaan gigi berkarat kekuningan. Kalaulah tidak menyusahkan umatku nescaya aku akan perintahkan mereka bersiwak setiap kali solat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1197, hadis no. 6075. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنه مرفوعا: استاكوا، لا تأتوني قلحا، لولا أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك عند كل صلاة. [الخطيب في ((الجامع))، ((الضعيفة)) (1748)]
(Lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu': Bersiwaklah, janganlah kamu mendatangi aku dalam keadaan gigi berkarat kekuningan. Kalaulah tidak menyusahkan umatku nescaya aku akan perintahkan mereka bersiwak setiap kali solat. [Riwayat al-Khatib dalam al-Jami'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1748]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman