TEKS BAHASA ARAB
السواك يزيد الرجل فصاحة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bersiwak menambahkan kefasihan seseorang lelaki.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 46, hadis nombor 237. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat Ma’la bin Maimun, Ibn ‘Adi berkata: Sesungguhnya hadith tersebut termasuk hadith-hadith munkar beliau. Hadith tersebut turut dikeluarkan oleh Ibn al-A’rabi dalam al-Mu’jam, Ibn al-Sunni dalam al-Tibb al-Nabawi dan al-Qudha’ei dalam Musnad al-Shihab.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.