Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Bersiwak menambahkan kefasihan

Teks Bahasa Arab

السِّواكُ يَزِيدُ الرَّجُلَ فَصَاحَةً.

Teks Bahasa Melayu

Bersiwak menambahkan kefasihan seseorang lelaki.

Sahabat Perawi

  1. Ibn 'Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 46, hadis no. 237. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya terdapat Ma'la bin Maimun, Ibn 'Adi berkata: Sesungguhnya hadith tersebut termasuk hadith-hadith munkar beliau. Hadith tersebut turut dikeluarkan oleh Ibn al-A'rabi dalam al-Mu'jam, Ibn al-Sunni dalam al-Tibb al-Nabawi dan al-Qudha'ei dalam Musnad al-Shihab.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.