Bersiwak ialah penyembuh

TEKS BAHASA ARAB

السواك شفاء من كل داء إلا السام والسام الموت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bersiwak ialah penyembuh dari setiap penyakit kecuali penyakit saam, penyakit saam ialah mati.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 46, hadis nombor 238. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Al-Dailami tidak meriwayatkannya secara bersanad. Penulis (al-Suyuti) dikritik kerana yang pertama: Penulis (al-Suyuti) menisbahkan hadith tersebut kepada al-Dailami sedangkan tidak boleh menisbahkan kepada penulis tersebut (al-Dailami) kecuali hadith yang beliau riwayatkan secara bersanad dalam tulisan beliau. Kedua, kalaulah kita menerima bahawa al-Dailami meriwayatkannya secara bersanad, pastilah hadith tersebut melalui riwayat perawi pendusta. Ini kerana hadith batil seperti ini tidak akan diucapkan melainkan oleh orang jahil atau zindiq tidak percayakan Tuhan yang memasukkan dalam hadith Rasulullah SAW sesuatu yang tidak dapat dilihat kesan bagi pengkhabarnya oleh sesiapapun lalu dia boleh terjerumus kepada kehairanan dan keraguan, semoga Allah melaknat para pendusta. Dan semoga Allah memaafkan penulis (al-Suyuti) kerana memasukkan hadith yang kanak-kanak pun tidak ragu-ragu akan kebatilannya.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs