Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
السِّوَاكُ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ إلاّ السَّامَ وَالسَّامُ الْمَوْتُ.
Teks Bahasa Melayu
Bersiwak ialah penyembuh dari setiap penyakit kecuali penyakit saam, penyakit saam ialah mati.
Sahabat Perawi
- 'Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 46, hadis no. 238. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Al-Dailami tidak meriwayatkannya secara bersanad. Penulis (al-Suyuti) dikritik kerana yang pertama: Penulis (al-Suyuti) menisbahkan hadith tersebut kepada al-Dailami sedangkan tidak boleh menisbahkan kepada penulis tersebut (al-Dailami) kecuali hadith yang beliau riwayatkan secara bersanad dalam tulisan beliau. Kedua, kalaulah kita menerima bahawa al-Dailami meriwayatkannya secara bersanad, pastilah hadith tersebut melalui riwayat perawi pendusta. Ini kerana hadith batil seperti ini tidak akan diucapkan melainkan oleh orang jahil atau zindiq tidak percayakan Tuhan yang memasukkan dalam hadith Rasulullah SAW sesuatu yang tidak dapat dilihat kesan bagi pengkhabarnya oleh sesiapapun lalu dia boleh terjerumus kepada kehairanan dan keraguan, semoga Allah melaknat para pendusta. Dan semoga Allah memaafkan penulis (al-Suyuti) kerana memasukkan hadith yang kanak-kanak pun tidak ragu-ragu akan kebatilannya.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman