TEKS BAHASA ARAB
السواك يزيد الرجل فصاحة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bersiwak boleh menambahkan kefasihan seseorang.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1192, hadis nombor 6039. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، مرفوعا: السواك يزيد الرجل فصاحة.
[عد، الخطيب في ((تلخيص المتشابه))، عق، ابن الأعرابي، فر، القضاعي، الختلي في ((جزء من حديثه))، ((الضعيفة)) (642)]
(Palsu)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’: Bersiwak boleh menambahkan kefasihan seseorang.
[Riwayat Ibn ‘Adi, al-Khatib dalam Talkhis al-Mutashabih, al-‘Uqaili, Ibn al-A’rabi, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, al-Qudha’ei dan al-Khatli dalam Juz Min Hadithihi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 642]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.