Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
السِّواكُ يَزيدُ الرجُلَ فصاحَةً.
Teks Bahasa Melayu
Bersiwak boleh menambahkan kefasihan seseorang.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1192, hadis no. 6039. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه، مرفوعا: السواك يزيد الرجل فصاحة. [عد، الخطيب في ((تلخيص المتشابه))، عق، ابن الأعرابي، فر، القضاعي، الختلي في ((جزء من حديثه))، ((الضعيفة)) (642)]
(Palsu) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu': Bersiwak boleh menambahkan kefasihan seseorang. [Riwayat Ibn 'Adi, al-Khatib dalam Talkhis al-Mutashabih, al-'Uqaili, Ibn al-A'rabi, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, al-Qudha'ei dan al-Khatli dalam Juz Min Hadithihi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 642]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman