Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
طُهُورُ الطعامِ يَزِيدُ في الطعامِ والدِّينِ والرزقِ.
Teks Bahasa Melayu
Bersihnya sumber makanan memberi penambahan kepada makanan, agama, dan juga rezeki.
Sahabat Perawi
- ‘Abdullah bin Jarrad RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 69, hadis no. 323. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبد الله بن جراد -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((طهور الطعام يزيد في الطعام والدين والرزق)). [فر، ((الضعيفة)) (3838)]
(Palsu) Daripada ‘Abdullah ibn Jarrād RA secara marfū‘: “Bersihnya sumber makanan memberi penambahan kepada makanan, agama, dan juga rezeki.” [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3838).
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman