Sangat lemah

30/06/2024

4 minit bacaan



Bersihkanlah pakaian kalian, rapikanlah rambut kalian serta bersugilah, berhiaslah dan bersihkanlah diri kalian

Teks Bahasa Arab

اغْسِلُوا ثِيَابَكُمْ، وَخُذُوا مِنْ شُعُوْرِكُمْ، وَاسْتَاكُوا، وَتَزَيَّنُوا، فَإِنَّ بَنِي إِسْرَائِيْلَ لَمْ يَكُوْنُوا يَفعلُوْنَ ذَلِكَ فَزَنَتْ نِسَاؤُهُم.

Teks Bahasa Melayu

Bersihkanlah pakaian kalian, rapikanlah rambut kalian serta bersugilah, berhiaslah dan bersihkanlah diri kalian. Sesungguhnya Bani Israil tidak melakukan perkara tersebut lalu mereka menzinai wanita-wanita mereka.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 968, hadis no. 4994. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن علي - رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: ((اغسلوا ثيابكم، وخذوا من شعوركم، واستاكوا، وتزينوا، فإن بني إسرائيل لم يكونوا يفعلون ذلك فزنت نساؤهم)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7029)].

(Sangat Lemah) Daripada ‘Ali RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Bersihkanlah pakaian kalian, rapikanlah rambut kalian serta bersugilah, berhiaslah dan bersihkanlah diri kalian. Sesungguhnya Bani Israil tidak melakukan perkara tersebut lalu mereka menzinai wanita-wanita mereka. [Riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 7029].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.