TEKS BAHASA ARAB
سوء المجالسة فحش، وشح، وسوء خلق.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bersifat jahat kepada orang lain apabila didampingi adalah suatu yang keji. Begitu juga sikap kedekut dan akhlak yang buruk.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 67, hadis nombor 307. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن سليمان بن موسى يرفع الحديث: ((سوء المجالسة فحش، وشح، وسوء خلق)).
[ابن المبارك، ((الضعيفة)) (3710)]
(Lemah)
Daripada Sulaymān ibn Mūsā, beliau memarfū‘kan hadis: “Bersifat jahat kepada orang lain apabila didampingi adalah suatu yang keji. Begitu juga sikap kedekut dan akhlak yang buruk.”
[Riwayat Ibn al-Mubārak dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3710).
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.