Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سوءُ المجالسةِ فحشٌ، وشحٌّ، وسوءُ خلُقٍ.
Teks Bahasa Melayu
Bersifat jahat kepada orang lain apabila didampingi adalah suatu yang keji. Begitu juga sikap kedekut dan akhlak yang buruk.
Sahabat Perawi
- Sulayman bin Musa
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 67, hadis no. 307. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سليمان بن موسى يرفع الحديث: ((سوء المجالسة فحش، وشح، وسوء خلق)). [ابن المبارك، ((الضعيفة)) (3710)]
(Daif) Daripada Sulaymān ibn Mūsā, beliau memarfū‘kan hadis: “Bersifat jahat kepada orang lain apabila didampingi adalah suatu yang keji. Begitu juga sikap kedekut dan akhlak yang buruk.” [Riwayat Ibn al-Mubārak dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3710).
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman