TEKS BAHASA ARAB
((تجهزوا إلى هذه القرية الظالم أهلها)) – يعني: خيبر -، ((فإن الله فاتحها عليكم إن شاء الله، ولا يخرجن معي ضعيف ولا مضعف)). فانطلق أبو هريرة إلى أمه فقال: جهزيني، فإن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قد أمرنا بالجهاز للغزو، فقالت: تنطلق وتتركني، وقد علمت أني ما أدخل المرفق إلا وأنت معي؟ فقال: ما كنت لأتخلف عن رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فأخرجت ثديها فناشدته بما رضع من لبنها، فأتت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – سرا فأخبرته، فقال: ((انطلقي فقد كفيت)). فأتاه أبو هريرة فأعرض عنه رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فقال: يا رسول الله! قد أرى إعراضك عني؛ لا أرى ذلك إلا لشيء بلغك؟ قال: ((أنت الذي تناشدك أمك، وأخرجت ثديها تناشدك بما رضعت من لبنها، فلم تفعل، أيحسب أحدكم إذا كان عند أبويه أو أحدهما أن ليس في سبيل الله؟ بلى هو في سبيل الله إذا برهما وأدى حقهما)). قال أبو هريرة: لقد مكثت بعد ذلك سنتين ما أغزو، حتى ماتت. وخرج رسول الله – صلى الله عليه وسلم – من المدينة ليلا فساروا؛ معه فتى من بني عامر على بكر له صعب، فجلس يسير فجفل من ناحية الطريق والناس فوقع بعيره في حفرة فصاح: يا لعامر! فارتكس هو وبعيره، فجاء قومه فاحتملوه. وسار رسول الله – صلى الله عليه وسلم – حتى أتى خيبر، فنزل عليها فدعا الطفيل بن عامر بن الحارث الخزاعي، فقال: ((انطلق إلى قومك فاستمدهم على أهل هذه القرية الظالم أهلها، فإن الله سيفتحها عليكم إن شاء الله)). قال الطفيل: يا رسول الله! تبعدني منك؛ والله لأن أموت وأنا منك قريب أحب إلي من الحياة وأنا منك بعيد؟ فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إنه لا بد مما لا بد منه)). فانطلق فقال: يا رسول الله! لعلي لا ألقاك فزودني شيئا أعيش به، قال: ((أتملك لسانك؟)) قال: فماذا أملك إذا لم أملك لساني؟ قال: ((أتملك يدك؟)) قال: فماذا أملك إذا لم أملك يدي؟ قال: ((فلا تقل بلسانك إلا معروفا، ولا تبسط يدك إلا إلى خير)). قال ابن أبي كريمة: وجدت في كتاب أبي عبدالرحيم بخطه في هذا الحديث: وقال له نبي الله – صلى الله عليه وسلم -: ((أفش السلام، وابذل الطعام، واستح الله بما تستحي رجلا من أهلك ذي هيبة، ولتحسن خلقك، وإذا أسأت فأحسن؛ فإن الحسنات يذهبن السيئات)).
TEKS BAHASA MALAYSIA
“Bersiap-siagalah kalian untuk memerangi perkampungan yang penduduknya telah berlaku zalim.” Iaitu: Khaybar. “Kerana sesungguhnya Allah pasti menaklukkannya buat kalian insya-Allah, janganlah sesiapapun dalam kalangan orang yang lemah atau orang yang berbuat khianat, turut serta dalam pasukanku ini.” Maka, Abu Hurairah RA pun kembali menemui ibu beliau kemudian berkata: “(Wahai ibu), sediakan (persiapan perang) buatku, kerana sesungguhnya Rasulullah SAW telah mengarahkan kami bersiap-siaga untuk peperangan.” (Ibu beliau) berkata: (Adakah engkau hendak) pergi berangkat dan meninggalkanku? Sedangkan engkau tahu bahawa tidaklah aku pergi ke mana-mana kecuali engkau bersamaku, wahai anakku.” (Abu Hurairah RA) pun berkata: “Tapi, saya tidak mahu gagal untuk menyertai Rasulullah SAW.” Lantas, ibunya pun menunjukkan dadanya, seraya merayu kepada Abu Hurairah agar tidak meninggalkannya atas dasar mengenang jasa beliau yang pernah menyusukannya.
Maka, beliau (ibu Abu Hurairah) pun menemui Rasulullah SAW secara bersendirian untuk mengadu kepada Baginda. Lantas Baginda bersabda (kepada ibu Abu Hurairah): “Pulanglah (ke rumahmu), engkau pasti akan dijamin (dengan perlindungan dan kebaikan).” Tidak lama kemudian, Abu Hurairah RA datang menemui Rasulullah SAW, namun Baginda memalingkan muka daripada Abu Hurairah (enggan melihat wajah beliau). Abu Hurairah RA berkata: “Wahai Rasulullah, aku lihat tuan berpaling dari melihat diriku. Aku merasai engkau telah mengetahui sesuatu.” Lantas Baginda bersabda: “(Wahai Abu Hurairah), engkau orang yang mana ibumu merayu kepadamu, kemudian beliau mengeluarkan dadanya yang telah menyusukan dirimu semasa kecil, apa yang telah engkau lakukan? Apakah engkau menyangka seseorang itu apabila dia berada di sisi ibu bapanya, dia tidak berada di atas jalan Allah?! Bahkan dia sedang berada di atas jalan Allah! Selama mana dia berbuat baik dengan kedua-duanya (ibu bapa) dan melaksanakan hak mereka berdua.” Abu Hurairah RA berkata: “Lantas aku pun terus menetap (di sisi ibuku) dan tidak turut serta dalam peperangan selama 2 tahun. Sehinggalah ibuku meninggal dunia.
Suatu hari, Rasulullah SAW keluar dari kota Madinah bermusafir beserta ramai pasukan yang menuruti mereka, dalam pasukan tersebut ada seorang budak lelaki daripada Bani ‘Amir yang bergegas turut serta sekalipun dalam keadaan sukar. Lantas, budak lelaki itu pun duduk sebentar kemudian dia kembali berjalan dalam keadaan bergegas menerusi jalan dan melewati sekalian gerombolan manusia, tiba-tiba keldai tunggangannya terjatuh ke dalam lubang, lantas dia menjerit untuk meminta pertolongan: “Wahai (saudaraku dari suku ‘Amir)!” Dia pun putus asa sebentar sambil duduk menunggu bantuan hingga kaumnya tiba mengangkatnya untuk mengeluarkannya daripada lubang tersebut. Sedangkan Rasulullah SAW meneruskan perjalanan Baginda, hingga tiba di Khaybar, maka Baginda menetap di sekitarnya kemudian memanggil al-Tufayl bin ‘Amir bin al-Harith al-Khuza’i, seraya bersabda mengarahkan: “Berangkatlah menuju kaummu, kemudian mintalah bantuan mereka untuk memerangi penduduk kota yang penduduknya telah berlaku zalim ini, kerana sesungguhnya Allah pasti bakal menaklukkannya buat kalian, insya-Allah.” Al-Tufayl berkata: “Wahai Rasulullah, (apakah tuan hendak) menjauhkan diri saya darimu? Demi Allah, keadaan saya mati sedang saya dekat denganmu, lebih saya cintai berbanding saya hidup dalam keadaan jauh darimu!” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya perkara yang wajib dilaksanakan, tetap harus dilaksanakan, walau apa jua keadaan.”
Maka beliau pun berangkat, sebelum itu beliau berkata (kepada Nabi): “Wahai Rasulullah SAW, barangkali aku tidak lagi boleh menemuimu selepas ini, maka berikan aku pedoman yang mana dengannya aku meneruskan kehidupanku.” Rasulullah SAW bersabda: “Apakah engkau memiliki lisanmu?” (al-Tufayl) berkata: “Apa lagi yang aku mampu miliki jika aku tidak memiliki lisanku?” (Rasulullah SAW) bersabda: “Apakah engkau memiliki tanganmu?” (al-Tufayl) berkata: “Apa lagi yang yang aku mampu miliki jika aku tidak memiliki tanganku?” Lantas, Rasulullah SAW bersabda: “Maka janganlah engkau bertutur dengan lisanmu melainkan perkataan yang baik sahaja, dan janganlah engkau lakukan apa jua perbuatan dengan tanganmu melainkan perbuatan yang baik sahaja.” Ibn Abi Karimah berkata: “Saya mendapati hadith ini dalam bentuk tulisan tangan Abu ‘Abd al-Rahim di dalam bukunya: “Nabi SAW berkata kepadanya (al-Tufayl): “Sebarkanlah salam, berilah makan, pupuklah rasa malu dengan Allah sepertimana engkau berasa malu dengan seseorang yang mempunyai kemuliaan dalam kalangan kalian, hiasilah akhlakmu dengan pekerti yang mulia, sekiranya engkau diperlakukan dengan buruk, balaslah dengan kebaikan. Sesungguhnya himpunan kebaikan itu bakal menghapuskan segala keburukan.”
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1029, hadis nombor 5283. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي أمامة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((تجهزوا إلى هذه القرية الظالم أهلها)) – يعني: خيبر -، ((فإن الله فاتحها عليكم إن شاء الله، ولا يخرجن معي ضعيف ولا مضعف)). فانطلق أبو هريرة إلى أمه فقال: جهزيني، فإن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قد أمرنا بالجهاز للغزو، فقالت: تنطلق وتتركني، وقد علمت أني ما أدخل المرفق إلا وأنت معي؟ فقال: ما كنت لأتخلف عن رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فأخرجت ثديها فناشدته بما رضع من لبنها، فأتت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – سرا فأخبرته، فقال: ((انطلقي فقد كفيت)). فأتاه أبو هريرة فأعرض عنه رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فقال: يا رسول الله! قد أرى إعراضك عني؛ لا أرى ذلك إلا لشيء بلغك؟ قال: ((أنت الذي تناشدك أمك، وأخرجت ثديها تناشدك بما رضعت من لبنها، فلم تفعل، أيحسب أحدكم إذا كان عند أبويه أو أحدهما أن ليس في سبيل الله؟ بلى هو في سبيل الله إذا برهما وأدى حقهما)). قال أبو هريرة: لقد مكثت بعد ذلك سنتين ما أغزو، حتى ماتت. وخرج رسول الله – صلى الله عليه وسلم – من المدينة ليلا فساروا؛ معه فتى من بني عامر على بكر له صعب، فجلس يسير فجفل من ناحية الطريق والناس فوقع بعيره في حفرة فصاح: يا لعامر! فارتكس هو وبعيره، فجاء قومه فاحتملوه. وسار رسول الله – صلى الله عليه وسلم – حتى أتى خيبر، فنزل عليها فدعا الطفيل بن عامر بن الحارث الخزاعي، فقال: ((انطلق إلى قومك فاستمدهم على أهل هذه القرية الظالم أهلها، فإن الله سيفتحها عليكم إن شاء الله)). قال الطفيل: يا رسول الله! تبعدني منك؛ والله لأن أموت وأنا منك قريب أحب إلي من الحياة وأنا منك بعيد؟ فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إنه لا بد مما لا بد منه)). فانطلق فقال: يا رسول الله! لعلي لا ألقاك فزودني شيئا أعيش به، قال: ((أتملك لسانك؟)) قال: فماذا أملك إذا لم أملك لساني؟ قال: ((أتملك يدك؟)) قال: فماذا أملك إذا لم أملك يدي؟ قال: ((فلا تقل بلسانك إلا معروفا، ولا تبسط يدك إلا إلى خير)). قال ابن أبي كريمة: وجدت في كتاب أبي عبدالرحيم بخطه في هذا الحديث: وقال له نبي الله – صلى الله عليه وسلم -: ((أفش السلام، وابذل الطعام، واستح الله بما تستحي رجلا من أهلك ذي هيبة، ولتحسن خلقك، وإذا أسأت فأحسن؛ فإن الحسنات يذهبن السيئات)). [طب، ((الضعيفة)) (6786)]
(Lemah)
Daripada Abu Umamah RA berkata: “Rasulullah SAW pernah bersabda: “Bersiap-siagalah kalian untuk memerangi perkampungan yang penduduknya telah berlaku zalim.” Iaitu: Khaybar. “Kerana sesungguhnya Allah pasti menaklukkannya buat kalian insya-Allah, janganlah sesiapapun dalam kalangan orang yang lemah atau orang yang berbuat khianat, turut serta dalam pasukanku ini.” Maka, Abu Hurairah RA pun kembali menemui ibu beliau kemudian berkata: “(Wahai ibu), sediakan (persiapan perang) buatku, kerana sesungguhnya Rasulullah SAW telah mengarahkan kami bersiap-siaga untuk peperangan.” (Ibu beliau) berkata: (Adakah engkau hendak) pergi berangkat dan meninggalkanku? Sedangkan engkau tahu bahawa tidaklah aku pergi ke mana-mana kecuali engkau bersamaku, wahai anakku.” (Abu Hurairah RA) pun berkata: “Tapi, saya tidak mahu gagal untuk menyertai Rasulullah SAW.” Lantas, ibunya pun menunjukkan dadanya, seraya merayu kepada Abu Hurairah agar tidak meninggalkannya atas dasar mengenang jasa beliau yang pernah menyusukannya.
Maka, beliau (ibu Abu Hurairah) pun menemui Rasulullah SAW secara bersendirian untuk mengadu kepada Baginda. Lantas Baginda bersabda (kepada ibu Abu Hurairah): “Pulanglah (ke rumahmu), engkau pasti akan dijamin (dengan perlindungan dan kebaikan).” Tidak lama kemudian, Abu Hurairah RA datang menemui Rasulullah SAW, namun Baginda memalingkan muka daripada Abu Hurairah (enggan melihat wajah beliau). Abu Hurairah RA berkata: “Wahai Rasulullah, aku lihat tuan berpaling dari melihat diriku. Aku merasai engkau telah mengetahui sesuatu.” Lantas Baginda bersabda: “(Wahai Abu Hurairah), engkau orang yang mana ibumu merayu kepadamu, kemudian beliau mengeluarkan dadanya yang telah menyusukan dirimu semasa kecil, apa yang telah engkau lakukan? Apakah engkau menyangka seseorang itu apabila dia berada di sisi ibu bapanya, dia tidak berada di atas jalan Allah?! Bahkan dia sedang berada di atas jalan Allah! Selama mana dia berbuat baik dengan kedua-duanya (ibu bapa) dan melaksanakan hak mereka berdua.” Abu Hurairah RA berkata: “Lantas aku pun terus menetap (di sisi ibuku) dan tidak turut serta dalam peperangan selama 2 tahun. Sehinggalah ibuku meninggal dunia.
Suatu hari, Rasulullah SAW keluar dari kota Madinah bermusafir beserta ramai pasukan yang menuruti mereka, dalam pasukan tersebut ada seorang budak lelaki daripada Bani ‘Amir yang bergegas turut serta sekalipun dalam keadaan sukar. Lantas, budak lelaki itu pun duduk sebentar kemudian dia kembali berjalan dalam keadaan bergegas menerusi jalan dan melewati sekalian gerombolan manusia, tiba-tiba keldai tunggangannya terjatuh ke dalam lubang, lantas dia menjerit untuk meminta pertolongan: “Wahai (saudaraku dari suku ‘Amir)!” Dia pun putus asa sebentar sambil duduk menunggu bantuan hingga kaumnya tiba mengangkatnya untuk mengeluarkannya daripada lubang tersebut. Sedangkan Rasulullah SAW meneruskan perjalanan Baginda, hingga tiba di Khaybar, maka Baginda menetap di sekitarnya kemudian memanggil al-Tufayl bin ‘Amir bin al-Harith al-Khuza’i, seraya bersabda mengarahkan: “Berangkatlah menuju kaummu, kemudian mintalah bantuan mereka untuk memerangi penduduk kota yang penduduknya telah berlaku zalim ini, kerana sesungguhnya Allah pasti bakal menaklukkannya buat kalian, insya-Allah.” Al-Tufayl berkata: “Wahai Rasulullah, (apakah tuan hendak) menjauhkan diri saya darimu? Demi Allah, keadaan saya mati sedang saya dekat denganmu, lebih saya cintai berbanding saya hidup dalam keadaan jauh darimu!” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya perkara yang wajib dilaksanakan, tetap harus dilaksanakan, walau apa jua keadaan.”
Maka beliau pun berangkat, sebelum itu beliau berkata (kepada Nabi): “Wahai Rasulullah SAW, barangkali aku tidak lagi boleh menemuimu selepas ini, maka berikan aku pedoman yang mana dengannya aku meneruskan kehidupanku.” Rasulullah SAW bersabda: “Apakah engkau memiliki lisanmu?” (al-Tufayl) berkata: “Apa lagi yang aku mampu miliki jika aku tidak memiliki lisanku?” (Rasulullah SAW) bersabda: “Apakah engkau memiliki tanganmu?” (al-Tufayl) berkata: “Apa lagi yang yang aku mampu miliki jika aku tidak memiliki tanganku?” Lantas, Rasulullah SAW bersabda: “Maka janganlah engkau bertutur dengan lisanmu melainkan perkataan yang baik sahaja, dan janganlah engkau lakukan apa jua perbuatan dengan tanganmu melainkan perbuatan yang baik sahaja.” Ibn Abi Karimah berkata: “Saya mendapati hadith ini dalam bentuk tulisan tangan Abu ‘Abd al-Rahim di dalam bukunya: “Nabi SAW berkata kepadanya (al-Tufayl): “Sebarkanlah salam, berilah makan, pupuklah rasa malu dengan Allah sepertimana engkau berasa malu dengan seseorang yang mempunyai kemuliaan dalam kalangan kalian, hiasilah akhlakmu dengan pekerti yang mulia, sekiranya engkau diperlakukan dengan buruk, balaslah dengan kebaikan. Sesungguhnya himpunan kebaikan itu bakal menghapuskan segala keburukan.”
[Riwayat al-Tabarani di dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 6786].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.