TEKS BAHASA ARAB
ليستمتع أحدكم بحله ما استطاع فإنه لا يدري ما يعرض في إحرامه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Berseronoklah ketika masih belum berihram, kerana dia tidak mengetahui apakah yang akan berlaku ketika dia berada di dalam ihram nanti.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 727, hadis nombor 3704. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي أيوب الأنصاري – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ليستمتع أحدكم بحله ما استطاع فإنه لا يدري ما يعرض في إحرامه)) [الشاشي، هق، ((الضعيفة)) (222)]
(Lemah)
Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berseronoklah ketika masih belum berihram, kerana dia tidak mengetahui apakah yang akan berlaku ketika dia berada di dalam ihram nanti.
[Riwayat al-Syasyi dalam Musnadnya dan al-Baihaqi dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 222]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.