Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليستَمتِعْ أحدُكم بحِلِّه ما استطاعَ ، فإنَّه لا يدري ما يَعرِضُ في إحرامِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Berseronoklah ketika masih belum berihram, kerana dia tidak mengetahui apakah yang akan berlaku ketika dia berada di dalam ihram nanti.
Sahabat Perawi
- Abu Ayyub al-Ansari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 727, hadis no. 3704. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي أيوب الأنصاري - رضي الله عنه - مرفوعا: ((ليستمتع أحدكم بحله ما استطاع فإنه لا يدري ما يعرض في إحرامه)) [الشاشي، هق، ((الضعيفة)) (222)]
(Daif) Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berseronoklah ketika masih belum berihram, kerana dia tidak mengetahui apakah yang akan berlaku ketika dia berada di dalam ihram nanti. [Riwayat al-Syasyi dalam Musnadnya dan al-Baihaqi dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 222]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman