Bersengkak dengan air zamzam adalah pelepasan daripada kemunafikan

TEKS BAHASA ARAB

التضلع من ماء زمزم براءة من النفاق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bersengkak dengan air zamzam adalah pelepasan daripada kemunafikan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 399, hadis nombor 2138. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله ﷺ: «التضلع من ماء زمزم براءة من النفاق». [الأزرقي في «أخبار مكة»، «الضعيفة» (2682)].

(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Bersengkak dengan air zamzam adalah pelepasan daripada kemunafikan". [Riwayat al-Azraqi dalam Akhbar Makkah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2682].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.