Bersendirian lebih baik daripada duduk bersama seseorang yang jahat

TEKS BAHASA ARAB

الوحدة خير من الجليس السوء، والجليس الصالح خير من الوحدة. وإملاء الخير خير من السكوت، والسكوت خير من إملاء الشر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bersendirian lebih baik daripada duduk bersama seseorang yang jahat. Duduk bersama orang yang baik lebih baik dari duduk seorang diri. Mengeluarkan ucapan yang baik lebih baik dari berdiam diri. Manakala diam lebih baik dari mengucapkan perkataan yang buruk.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 197, hadis nombor 1020. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن الشنية، قال: رأيت أبا ذر وحده قاعدا في المسجد محتبيا بكساء صوف، فقال مرفوعا: ((الوحدة خير من الجليس السوء، والجليس الصالح خير من الوحدة. وإملاء الخير خير من السكوت، والسكوت خير من إملاء الشر)). [الدولابي، القضاعي، الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2422)]

(Lemah)
Daripada Ibn al-Shaniyyah beliau berkata: Aku melihat Abu Dzar sedang duduk bersila seorang diri di dalam masjid dengan memakai pakaian berbulu. Lalu beliau berkata: Bersendirian lebih baik daripada duduk bersama seseorang yang jahat. Duduk bersama orang yang baik lebih baik dari duduk seorang diri. Mengeluarkan ucapan yang baik lebih baik dari berdiam diri. Manakala diam lebih baik dari mengucapkan perkataan yang buruk.
[Riwayat al-Dulabi, al-Quda’ie, al-Khara’iti dalam Makarim al-Akhlak, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2422]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs