Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الوَحدةُ خيرٌ من جَلِيسِ السُّوءِ، والجليسُ الصالحُ خيرٌ من الوَحدةِ. وإملاءُ الخيرِ خيرٌ من السكوتِ، والسكوتُ خيرٌ من إملاءِ الشرِّ.
Teks Bahasa Melayu
Bersendirian lebih baik daripada duduk bersama seseorang yang jahat. Duduk bersama orang yang baik lebih baik dari duduk seorang diri. Mengeluarkan ucapan yang baik lebih baik dari berdiam diri. Manakala diam lebih baik dari mengucapkan perkataan yang buruk.
Sahabat Perawi
- Ibn Al-Shaniyyah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 197, hadis no. 1020. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن الشنية، قال: رأيت أبا ذر وحده قاعدا في المسجد محتبيا بكساء صوف، فقال مرفوعا: ((الوحدة خير من الجليس السوء، والجليس الصالح خير من الوحدة. وإملاء الخير خير من السكوت، والسكوت خير من إملاء الشر)). [الدولابي، القضاعي، الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2422)]
(Daif) Daripada Ibn al-Shaniyyah beliau berkata: Aku melihat Abu Dzar sedang duduk bersila seorang diri di dalam masjid dengan memakai pakaian berbulu. Lalu beliau berkata: Bersendirian lebih baik daripada duduk bersama seseorang yang jahat. Duduk bersama orang yang baik lebih baik dari duduk seorang diri. Mengeluarkan ucapan yang baik lebih baik dari berdiam diri. Manakala diam lebih baik dari mengucapkan perkataan yang buruk. [Riwayat al-Dulabi, al-Quda’ie, al-Khara’iti dalam Makarim al-Akhlak, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2422]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman