Bersendirian lebih baik dari teman yang buruk, teman yang baik lebih baik dari bersendirian

TEKS BAHASA ARAB

الوحدة خير من جليس السوء، والجليس الصالح خير من الوحدة، وإملاء الخير خير من السكوت، والسكوت خير من إملاء الشر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bersendirian lebih baik dari teman yang buruk, teman yang baik lebih baik dari bersendirian, mengisi kebaikan lebih baik dari berdiam, berdiam lebih baik dari mengisi keburukan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1988, hadis nombor 9954. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي السنية، قال: رأيت أبا ذر جالسا في المسجد وحده محتبيا بكساء صوف، فقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ((الوحدة خير من جليس السوء، والجليس الصالح خير من الوحدة، وإملاء الخير خير من السكوت، والسكوت خير من إملاء الشر)).
[الدولابي، ك، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1853)]

(Lemah) Daripada Abi as-Saniyyah, dia berkata: Aku terlihat Abu Dzar sedang duduk di dalam masjid bersendirian dalam keadaan duduk pada sehelai kain dari bulu, lalu dia berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Bersendirian lebih baik dari teman yang buruk, teman yang baik lebih baik dari bersendirian, mengisi kebaikan lebih baik dari berdiam, berdiam lebih baik dari mengisi keburukan”.
[Riwayat al-Dulabi, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 1853]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs