Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Bersegeralah menuntut ilmu

Teks Bahasa Arab

سارِعُوا في طلبِ العلمِ، فالحديثُ من صادِقٍ خيرٌ من الدنيا وما عليها من ذهبٍ وفضةٍ.

Teks Bahasa Melayu

Bersegeralah menuntut ilmu kerana hadis yang datang daripada orang yang benar adalah lebih baik berbanding dunia, serta emas dan perak yang ada di atasnya.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1263, hadis no. 6453. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن جابر بن عبدالله رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم، قال: سارِعُوا في طلبِ العلمِ، فالحديثُ من صادِقٍ خيرٌ من الدنيا وما عليها من ذهبٍ وفضةٍ. [الرافعي، ((الضعيفة)) (3250)]

(Sangat Lemah) Daripada Jabir bin 'Abdullah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Bersegeralah menuntut ilmu kerana hadis yang datang daripada orang yang benar adalah lebih baik berbanding dunia, serta emas dan perak yang ada di atasnya. [Riwayat al-Rafi'ei. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3250]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.