Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سارِعوا إلى تَعليمِ العِلمِ والسُّنَّةِ وَالقُرآنِ، واقتَبِسوهنَّ مِن صادقٍ، مِن قَبلِ أن يَخرُجَ أَقوامٌ في أُمَّتي مِن بَعدي يَدْعونَكم إلى تَأسيسِ البِدعةِ والضَّلالةِ، فوَالَّذي نَفسي بِيدِه، لَبابٌ مِن العِلمِ مِن صادِقٍ خيرٌ لَكم مِنَ الذَّهبِ والفِضَّةِ تُنفِقونَها في سَبيلِ اللهِ تَعالى بِغيرِ هُدًى مِنَ اللهِ، مَن مَشى في تَعليمِ العِلمِ وَالسُّنَّةِ وَالقُرآنِ فعَمِلَ بِما أمَر اللهُ وسَنَّ رَسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عَليه وسلَّم، فإذا عَمِلَ بِذلك فله بِكُلِّ خَطْوةٍ يَخْطوها حَسَنةٌ، وتُحَطُّ عَنه سَيِّئةٌ، وتُرفَعُ لَه دَرجةٌ في الجنَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Bersegeralah kamu mempelajari ilmu, sunnah dan al-Qur'an, ambillah ia daripada orang yang benar sebelum keluarkan beberapa kumpulan daripada umatku selepas kewafatanku, mereka akan mengajak kamu untuk mengasaskan bidaah dan kesesatan. Demi Tuhan yang jiwaku berada di tanganNya! Satu bab daripada ilmu yang diambil daripada orang yang benar adalah lebih baik kepada kamu berbanding emas dan perak yang kamu belanjakan pada jalan Allah Ta'ala tanpa petunjuk daripada Allah. Sesiapa yang berjalan untuk mempelajari ilmu, sunnah dan al-Qur'an, lalu dia beramal sepertimana perintah Allah dan sunnah Rasulullah SAW, apabila dia melakukan sedemikian maka bagi setiap langkah yang dia pijak dia memperolehi kebaikan, dihapuskan kejahatan daripadanya dan di angkat kedudukan untuknya dalam syurga.
Sahabat Perawi
- Ali bin Abi Talib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1235, hadis no. 6293. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه مرفوعا: سارعوا إلى تعليم العلم والسنة والقرآن، واقتبسوهن من صادق، من قبل أن يخرج أقوام في أمتي من بعدي يدعونكم إلى تأسيس البدعة والضلالة، فوالذي نفسي بيده لباب من العلم من صادق خير لكم من الذهب والفضة تنفقونها في سبيل الله تعالى بغير هدى من الله، من مشى في تعليم العلم والسنة والقرآن فعمل بما أمر الله وسن رسول الله صلى الله عليه وسلم، فإذا عمل بذلك فله بكل خطوة يخطوها حسنة، وتحط عنه سيئة، وترفع له درجة في الجنة. [الخطيب في ((تلخيص المتشابه))، ((الضعيفة)) (933)].
(Palsu) Daripada 'Ali bin Abi Talib RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Bersegeralah kamu mempelajari ilmu, sunnah dan al-Qur'an, ambillah ia daripada orang yang benar sebelum keluarkan beberapa kumpulan daripada umatku selepas kewafatanku, mereka akan mengajak kamu untuk mengasaskan bidaah dan kesesatan. Demi Tuhan yang jiwaku berada di tanganNya! Satu bab daripada ilmu yang diambil daripada orang yang benar adalah lebih baik kepada kamu berbanding emas dan perak yang kamu belanjakan pada jalan Allah Ta'ala tanpa petunjuk daripada Allah. Sesiapa yang berjalan untuk mempelajari ilmu, sunnah dan al-Qur'an, lalu dia beramal sepertimana perintah Allah dan sunnah Rasulullah SAW, apabila dia melakukan sedemikian maka bagi setiap langkah yang dia pijak dia memperolehi kebaikan, dihapuskan kejahatan daripadanya dan di angkat kedudukan untuknya dalam syurga. [Riwayat al-Khatib dalam Talkhis al-Mutashabih. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 933].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman