Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Bersegeralah kamu meletakkan kuniyah

Teks Bahasa Arab

بادِرُوا أوْلاَدَكُمْ بالكُنَى قَبْلَ أنْ تَغْلِبَ عَلَيْهِمُ الألقاب.

Teks Bahasa Melayu

Bersegeralah kamu meletakkan kuniyah (gelaran bermula dengan Abu dan Ummu) kepada anak-anak kamu sebelum gelaran mendominasi mereka.

Sahabat Perawi

  1. Ibn 'Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 25, hadis no. 119. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ia melalui riwayat Bishr bin 'Ubaid al-Darisi, beliau seorang pendusta. Dalam sanad tersebut juga terdapat Hubaish bin Dinar. Ibn Hibban dalam al-Dhu'afa' telah mengeluarkan hadith tersebut di bawah biografi Hubaish. Al-Dailami turut mengeluarkan hadith tersebut melalui jalur Abu al-Shaikh dan Ibn al-Jawzi memasukkan hadith tersebut dalam al-Mawdhu'at.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.