Bersegeralah kalian dengan beramal (sebelum) ketuaan yang mengeruhkan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

بادروا بالعمل هرما ناغصا، أو موتا خالسا، أو مرضا حابسا، أو تسويفا مؤيسا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bersegeralah kalian dengan beramal (sebelum) ketuaan yang mengeruhkan, atau kematian yang merentap, atau penyakit yang menyekat, atau bertangguh-tangguh yang menyesalkan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1983, hadis nombor 9925. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((بادروا بالعمل هرما ناغصا، أو موتا خالسا، أو مرضا حابسا، أو تسويفا مؤيسا)).
[ابن أبي الدنيا في ((قصر الأمل))، ((الضعيفة)) (1667)]

(Lemah) Daripada Abū Umamah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bersegeralah kalian dengan beramal (sebelum) ketuaan yang mengeruhkan, atau kematian yang merentap, atau penyakit yang menyekat, atau bertangguh-tangguh yang menyesalkan.
[Riwayat Ibn Abī al-Dunyā dalam Qaṣr al-Amal. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1667]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.