Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
بادِروا بالعَملِ هرَمًا ناغصًا، أو موتًا خالسًا، أو مرَضًا حابسًا، أو تَسويفًا مؤيِسًا.
Teks Bahasa Melayu
Bersegeralah kalian dengan beramal (sebelum) ketuaan yang mengeruhkan, atau kematian yang merentap, atau penyakit yang menyekat, atau bertangguh-tangguh yang menyesalkan.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1983, hadis no. 9925. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي أمامة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((بادروا بالعمل هرما ناغصا، أو موتا خالسا، أو مرضا حابسا، أو تسويفا مؤيسا)). [ابن أبي الدنيا في ((قصر الأمل))، ((الضعيفة)) (1667)]
(Lemah) Daripada Abū Umamah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bersegeralah kalian dengan beramal (sebelum) ketuaan yang mengeruhkan, atau kematian yang merentap, atau penyakit yang menyekat, atau bertangguh-tangguh yang menyesalkan. [Riwayat Ibn Abī al-Dunyā dalam Qaṣr al-Amal. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1667]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman