Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Bersegeralah kalian dengan beramal sebelum (datang) tujuh perkara

Teks Bahasa Arab

بادِروا بالأعمالِ سبعًا، هل تنتِظرونَ إلَّا مرضًا مُفسدًا، أو هَرمًا مُفندًا، أو غنًى مطغيًا، أو فَقرًا مُنسيًا، أو موتًا مُجهِزًا، أو الدَّجالَ، فشرُّ مُنتظَرٍ، أو السَّاعةُ، والسَّاعةُ أدهَى و أمَرُّ.

Teks Bahasa Melayu

Bersegeralah kalian dengan beramal sebelum (datang) tujuh perkara; adakah kalian tidak menantikan melainkan penyakit yang membinasakan, atau ketuaan yang melemahkan, atau kekayaan yang menyesatkan, atau kemiskinan yang melupakan, atau kematian yang menghancurkan, atau Dajal, maka ia adalah seburuk-buruk yang dinanti, ataupun kiamat berkenaan, detik berkenaan adalah yang paling teruk dan paling pahit.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1983, hadis no. 9924. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((بادروا بالأعمال سبعا، هل تنتظرون إلا مرضا مفسدا، أو هرما مفندا، أو غنى مطغيا، أو فقرا منسيا، أو موتا مجهزا، أو الدجال، فشر منتظر، أو الساعة، والساعة أدهى وأمر)). [ت، عق، عد، ((الضعيفة)) (1666)]

(Lemah) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bersegeralah kalian dengan beramal sebelum (datang) tujuh perkara; adakah kalian tidak menantikan melainkan penyakit yang membinasakan, atau ketuaan yang melemahkan, atau kekayaan yang menyesatkan, atau kemiskinan yang melupakan, atau kematian yang menghancurkan, atau Dajal, maka ia adalah seburuk-buruk yang dinanti, ataupun kiamat berkenaan, detik berkenaan adalah yang paling teruk dan paling pahit. [Riwayat al-Tirmidhī dalam al-Sunan, al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1666]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.