Bersedialah untuk mati sebelum datangnya mati

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

استعد للموت قبل نزول الموت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bersedialah untuk mati sebelum datangnya mati.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2006, hadis nombor 10062. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن طارق بن عبد الله المحاربي مرفوعا: استعد للموت قبل نزول الموت.
[ك، عق، ابن بشران، أبو عروبة الحراني في ((حديثه))، الهمداني في ((الفوائد))، السلفي في ((الطيوريات))، ((الضعيفة)) (2752)]

(Palsu)
Daripada Taariq bin Abdullah al-Muhariby secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: Bersedialah untuk mati sebelum datangnya mati.
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Uqaili dalam kitab al-Ḍu’afa’ al-Kabeer, Ibn Bushran dalam kitab al-Amali, Abu Arubah al-harrani dalam Hadithihi, al-Hamdani dalam al-Fawaid, dan al-Silafi dalam al-Tuyuriyat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2752]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.