Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
استعدَّ للموتِ قبلَ نزولِ الموتِ.
Teks Bahasa Melayu
Bersedialah untuk mati sebelum datangnya mati.
Sahabat Perawi
- Taariq bin Abdullah al-Muhariby
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2006, hadis no. 10062. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن طارق بن عبد الله المحاربي مرفوعا: استعد للموت قبل نزول الموت. [ك، عق، ابن بشران، أبو عروبة الحراني في ((حديثه))، الهمداني في ((الفوائد))، السلفي في ((الطيوريات))، ((الضعيفة)) (2752)]
(Palsu) Daripada Taariq bin Abdullah al-Muhariby secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: Bersedialah untuk mati sebelum datangnya mati. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Uqaili dalam kitab al-Ḍu’afa’ al-Kabeer, Ibn Bushran dalam kitab al-Amali, Abu Arubah al-harrani dalam Hadithihi, al-Hamdani dalam al-Fawaid, dan al-Silafi dalam al-Tuyuriyat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2752]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman