Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Bersedialah untuk mati sebelum datangnya kematian

Teks Bahasa Arab

استعدَّ للموتِ قبلَ نزولِ الموتِ

Teks Bahasa Melayu

Bersedialah untuk mati sebelum datangnya kematian.

Sahabat Perawi

  1. Tariq bin Abdullah al-Muharibi

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1730, hadis no. 8705. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن طارق بن عبد الله المحاربي، مرفوعا: ((استعد للموت قبل نزول الموت.)) [ك، عق، ابن بشران، أبو عروبة الحراني، في ((حديثه))، السلفي في ((الطيوريات))، ((الضعيفة)) (2752)].

(Palsu) Daripada Tariq bin Abdullah al-Muharibi secara marfu'- disandarkan kepada Nabi SAW: ((Bersedialah untuk mati sebelum datangnya kematian.)) [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-’Uqaili dalam al-Dhu’afa, Ibn Busyran, Abu ‘Arubah al-Harrani dalam hadithnya dan al-Silafi dalam al-Thuyuriyyat. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2752].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.