(Bersederhanalah dan ikutlah) perkara antara dua perkara dan sebaik-baik perkara itu adalah yang pertengahan

TEKS BAHASA ARAB

أمرا بين أمرين، وخير الأمور أوسطها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

(Bersederhanalah dan ikutlah) perkara antara dua perkara dan sebaik-baik perkara itu adalah yang pertengahan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1643, hadis nombor 8306. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن كنانة: أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن الشهرتين؛ أن يلبس الثياب الحسنة التي ينظر إليه فيها، أو الدنية أو الرثة التي ينظر إليه فيها. قال عمرو: بلغني أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((أمرا بين أمرين، وخير الأمورِ أوسطها)). [هق، ((الضعيفة)) (7056)].

(Lemah)
Daripada Kinanah bahawa sesungguhnya Nabi SAW melarang dua bentuk kemasyhuran: “Seseorang yang memakai baju yang cantik yang mengundang orang melihat kecantikannya itu, dan (yang kedua) orang yang lemah dan berpakaian lusuh yang juga dipandang orang akannya. Amru berkata: Aku diberitahu bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Satu perkara antara dua perkara dan sebaik-baik perkara itu adalah yang pertengahan)).
[Riwayat Al-Baihaqi dalam Dala'il al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7056)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs