Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الرِّفقُ في المعيشةِ خيرٌ مِن بعضِ التِّجارةِ.
Teks Bahasa Melayu
Bersederhana dalam mencari rezeki kehidupan (dan dalam membelanjakannya) lebih baik daripada (bersusah-payah dalam) sebahagian perniagaan.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 880, hadis no. 4512. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنهما- مرفوعا: (الرفق في المعيشة خير من بعض التجارة). [عد، ((الضعيفة)) (3677)]
(Lemah) Daripada Jabir bin Abdullah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bersederhana dalam mencari rezeki kehidupan (dan dalam membelanjakannya) lebih baik daripada (bersusah-payah dalam) sebahagian perniagaan. [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa'. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3677]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman