Bersederhana dalam keperluan hidup adalah lebih baik berbanding sebahagian perniagaan

TEKS BAHASA ARAB

الرفق في المعيشة خير من بعض التجارة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berpada-pada dalam keperluan hidup adalah lebih baik berbanding sebahagian perniagaan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 9, hadis nombor 112. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

منكر.
أخرجه الإسماعيلي في معجمه (ج 1/ ق 15/ 2) وابن عدي في الكامل (2/ 651) من طريق حجاج بن سليمان الرعيني قال: قلت لابن لهيعه: كنت أسمع بعض عجائزنا يقلن: الرفق في المعيشة خير من بعض التجارة. فقال ابن لهيعه، حدثني محمد بن المنكدر عن جابر بن عبد الله مرفوعاً فذكره.
قال ابن عدي في ترجمة حجاج، بعد أن ساق أحاديث: وهذه الأحاديث يتفرد بها حجاج عن ابن لهيعة، ولعلها قد أتت من قبل ابن لهيعه لا من قبل حجاج، فأن ابن لهيعه له أحاديث منكرات يطول ذكرها إذا ذكرناها . أ. هـ‍.
قلت: وأنا أرجح أن هذا الوهم وقع من أبي لهيعه لغفلته وسوء حظه، فأن حجاجاً قد توبع، تابعه عبد الله بن صالح كاتب الليث، عن ابن لهيعه به. أخرجه الطبراني في الأوسط كما في المجمع (4/ 77) وابن عدي (4/ 1465) .قال ابن عدي: وهذا لا أعلم يرويه عن ابن المنكدر غير ابن لهيعه وعن ابن لهيعه حجاج بن سليمان وأبو صالح.
قلت: وأبو صالح وإن تكلموا فيه، فإن متابعته لحجاج الرعيني تبرئ عهدته من نكارة هذا الحديث، ونعصب الجناية برأس ابن لهيعه، ولعله أخذه عن متروك أو نحوه فدلسه والتصريح بالسماع في الطريق الأول لا قيمة له لضعفه. ولعله وهم فرفعه والله أعلم.

Munkar. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Isma’ili dalam Mu’jam beliau (juz 1/hlm. 15/2), dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (2/651) melalui sanad Hajjaj bin Sulayman al-Ru’aini, katanya: saya pernah berkata kepada Ibn Lahi’ah: "Saya sering kali mendengar orang-orang tua kita mengatakan bahawa berpada-pada dalam keperluan hidup adalah lebih baik berbanding sebahagian perniagaan". Ibn Lahi’ah pun berkata: Muhammad bin al-Munkadir telah menceritakan kepadaku daripada Jabir bin Abd Allah secara marfu’, lalu beliau menyebutkan hadith itu.
Ibn ‘Adi berkata dalam biografi Hajjaj setelah mengemukakan beberapa hadith: "Hadith-hadith ini diriwayatkan oleh Hajjaj daripada Ibn Lahi’ah secara berseorangan. Boleh jadi ianya datang daripada Ibn Lahi’ah, bukan daripada Hajjah. Ibn Lahi’ah memiliki hadith-hadith yang munkar, akan panjang lebar untuk menyebutkannya jika kami sebutkannya".
Saya berkata: Saya menilai lebih tepatnya kekeliruan ini berpunca daripada Ibn Lahi’ah, disebabkan sifat pelupa dan hafalannya yang buruk. Ini kerana, riwayat Hajjaj ada sokongan, ianya disokong oleh Abd Allah bin Soleh, penulis kepada al-Laith daripada Ibn Lahi’ah dengan sanad beliau.Ianya telah dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Awsat sebagaimana dalam al-Majma’ (4/77) dan Ibn ‘Adi (4/1465). Ibn ‘Adi berkata: "Hadith ini tidak kami ketahui daripada Ibn al-Munkadir selain melalui Ibn Lahi’ah. Yang meriwayatkan daripada Ibn Lahi’ah adalah Hajjaj bin Sulayman dan Abu Soleh".
Saya berkata: Sekalipun Abu Soleh dipertikaikan, sokongan beliau kepada riwayat Hajjaj telah membebaskan beliau daripada menjadi punca munkarnya hadith ini. Kami meletakkan kesalahan tersebut keatas kepala Ibn Lahi’ah. Berkemungkinan beliau telah mengambil hadith ini daripada perawi yang Matruk atau seumpamanya, lalu beliau sembunyikan perawi itu. Walaupun beliau menyebutkan dengan jelas bahawa beliau mendengarnya pada sanad yang pertama, namun tidak ada nilainya disebabkan beliau dha’if. Boleh jadi beliau terkeliru, lalu meriwayatkan secara marfu’ hadith itu. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs