Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Bersedekah kepada orang ramai dengan suatu sedekah yang menyamai ilmu yang disebarkan

Teks Bahasa Arab

ما تصدَّق النَّاسُ بصدقةٍ مثلَ عِلمٍ يُنشَرُ.

Teks Bahasa Melayu

Tidaklah kamu bersedekah kepada orang ramai dengan suatu sedekah yang menyamai ilmu yang disebarkan.

Sahabat Perawi

  1. Samurah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1275, hadis no. 6531. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن سمرة رضي الله عنه مرفوعا: ما تصدق الناس بصدقة مثل علم ينشر. [ابن النجار، عفيف الدين أبو المعالي في ((فضل العلم))، ((الضعيفة)) (4435)]

(Sangat Lemah) Daripada Samurah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah kamu bersedekah kepada orang ramai dengan suatu sedekah yang menyamai ilmu yang disebarkan. [Riwayat Ibn al-Najjar dan 'Afif al-Din Abu al-Ma'ali dalam Fadl al-'Ilm. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4435]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.