Bersangka baik dengan batu

TEKS BAHASA ARAB

لو أحسن أحدكم ظنه بحجر لنفعه الله به.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika salah seorang daripada kalian bersangka baik dengan batu, nescaya Allah SWT akan menjadikannya bermanfaat baginya.

STATUS

Tiada Asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 147, hadis nombor 248. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال السخاوي: لا أصل له. وقال ابن تيمية: كذب موضوع.

Al-Sakhawi berkata: Tiada asal baginya. Dan Ibn Taimiyyah berkata: Dusta, palsu.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.