Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ صافحَ يهودياً أو نصرانياً؛ فلْيتوضَّأْ أو يَغْسلْ يدَه.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang bersalaman dengan Yahudi atau Nasrani, maka hendaklah dia berwuduk atau membasuh tangannya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1222, hadis no. 6225. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من صافح يهوديا أو نصرانيا؛ فليتوضأ أو يغسل يده. [عد، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6094)].
(Palsu) Daripada Ibn 'Abbas RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Sesiapa yang bersalaman dengan Yahudi atau Nasrani, maka hendaklah dia berwuduk atau membasuh tangannya. [Riwayat Ibn 'Adi, Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6094].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman