Bersahurlah pada penghujung malam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

تسحروا من آخر الليل، وكان يقول: هو الغداء المبارك

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bersahurlah pada penghujung malam", dan baginda pernah bersabda: "Itu adalah merupakan makanan pagi (iaitu makan makanan pada waktu sahur tersebut) yang berkat."

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1135, hadis nombor 5723. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عتبة بن عبد السلمي وأبي الدرداء -رضي الله عنهما-، مرفوعا: «تسحروا من آخر الليل»، وكان يقول: «هو الغداء المبارك».
[عد، «الضعيفة» (1961)].

(Lemah)
Daripada ‘Utbah bin ‘Abd al-Sulami dan Abu Darda RA secara marfu’: "Bersahurlah pada penghujung malam", dan baginda pernah bersabda: "Itu adalah merupakan makanan pagi (iaitu makan makanan pada waktu sahur tersebut) yang berkat."
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1961].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.