Bersabarlah dan bergembiralah, kerana aku telah memohon keberkatan buat gantang kalian dan cupak kalian

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اصبروا وأبشروا؛ فإني قد باركت على صاعكم ومدكم، فكلوا ولا تفرقوا؛ فإن طعام الواحد يكفي الاثنين، وطعام الاثنين يكفي الأربعة، وطعام الأربعة يكفي الخمسة والستة، وإن البركة في الجماعة، فمن صبر على لأوائها وشدتها؛ كنت له شفيعا أو شهيدا يوم القيامة، ومن خرج عنها رغبة عما فيها؛ أبدل الله به من هو خير منه فيها، ومن أرادها بسوء؛ أذابه الله كما يذوب الملح في الماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bersabarlah dan bergembiralah, kerana aku telah memohon keberkatan buat gantang kalian dan cupak kalian. Justeru, makanlah dan janganlah berpecah-belah, kerana makanan untuk seorang cukup untuk dua orang, makanan untuk dua orang cukup untuk empat orang, makanan untuk empat orang cukup untuk lima dan enam orang. Sesungguhnya juga keberkatan itu ada pada jemaah. Maka barang siapa yang bersabar dengan kesempitannya dan kesukarannya, nescaya aku akan memberikan syafaat atau menjadi saksi kepadanya pada hari kiamat. Barang siapa yang keluar daripadanya kerana tidak suka terhadap apa yang ada padanya, nescaya Allah akan gantikan dia dengan orang yang lebih baik berbandingnya di Madinah. Manakala barang siapa yang mahukan keburukan padanya, nescaya Allah akan mencairkannya sebagaimana garam cair dalam air.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 419-420, hadis nombor 2258. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمر – رضي الله عنه -، قال: غلا السعر في المدينة واشتد الجهد، فقال رسول الله ﷺ: «اصبروا وأبشروا؛ فإني قد باركتُ على صاعِكم ومدِّكم، فكلوا ولا تفرِّقوا؛ فإن طعامَ الواحدِ يكفي الاثنينَ، وطعامُ الاثنينِ يكفي الأربعةَ، وطعامُ الأربعةِ يكفي الخمسةَ والستةَ، وإنَّ البركة في الجماعةِ، فمن صبر على لأوائِها وشدَّتِها؛ كنتُ له شفيعًا أو شهيدًا يومَ القيامةِ، ومن خرج عنها رغبةً عمَّا فيها؛ أبدلَ اللهُ به من هو خيرٌ منه فيها، ومن أرادها بسوءٍ؛ أذابهُ اللهُ كما يذوبُ الملحُ في الماءِ». [البزار، «الضعيفة» (5532)].

(Lemah) Daripada ‘Umar RA, beliau berkata: Harga di Madinah meningkat dan kesukaran semakin dashyat, lalu Rasulullah ﷺ bersabda: "Bersabarlah dan bergembiralah, kerana aku telah memohon keberkatan buat gantang kalian dan cupak kalian. Justeru, makanlah dan janganlah berpecah-belah, kerana makanan untuk seorang cukup untuk dua orang, makanan untuk dua orang cukup untuk empat orang, makanan untuk empat orang cukup untuk lima dan enam orang. Sesungguhnya juga keberkatan itu ada pada jemaah. Maka barang siapa yang bersabar dengan kesempitannya dan kesukarannya, nescaya aku akan memberikan syafaat atau menjadi saksi kepadanya pada hari kiamat. Barang siapa yang keluar daripadanya kerana tidak suka terhadap apa yang ada padanya, nescaya Allah akan gantikan dia dengan orang yang lebih baik berbandingnya di Madinah. Manakala barang siapa yang mahukan keburukan padanya, nescaya Allah akan mencairkannya sebagaimana garam cair dalam air". [Diriwayatkan oleh al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5532].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.