Bersabarlah dan bergembiralah kamu kerana sesungguhnya aku telah memberkati alat penimbang dan cupak kamu

TEKS BAHASA ARAB

اصبروا وأبشروا فإني قد باركت على صاعكم ومدكم فكلوا ولا تفرقوا، فإن الطعام الواحد يكفي الاثنين، وطعام الاثنين يكفي الأربعة وطعام الاربعة يكفي الخمسة والستة وإن البركة في الجماعة فمن صبر على لأوائها وشدتها كنت له شفيعا أو شهيدا يوم القيامة ومن خرج عنها رغبة عما فيها أبدل الله به من هو خير منه فيها ومن أرادها بسوء أذابه الله كما يذوب الملح في الماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bersabarlah dan bergembiralah kamu. Kerana sesungguhnya aku telah memberkati alat penimbang dan cupak kamu. Makanlah makananmu dan janganlah kamu berpecah belah. Sesungguhnya makanan seorang mencukupi untuk dua orang. Makanan dua orang mencukupi untuk empat orang. Makanan empat orang mencukupi untuk lima ke enam orang. Sesungguhnya keberkatan itu ada pada jamaah (kesatuan). Sesiapa yang bersabar dalam kesukaran dan kesulitannya (Madinah), maka aku akan menjadi pemberi syafaat atau saksi untuknya pada hari kiamat kelak. Manakala sesiapa yang keluar daripadanya kerana benci dengan apa yang terdapat di dalamnya, maka Allah akan menggantikan tempatnya dengan seseorang yang lebih baik daripadanya di dalamnya. Sesiapa yang mengkehendaki keburukan kepadanya, maka Allah akan meleburkannya sebagaimana leburnya garam di dalam air.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 223, hadis nombor 1181. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمر – رضي الله عنه-، قال: غلا السعر بالمدينة واشتد الجهد، فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: ((اصبروا وأبشروا فإني قد باركت على صاعكم ومدكم فكلوا ولا تفرقوا، فإن الطعام الواحد يكفي الاثنين، وطعام الاثنين يكفي الأربعة وطعام الاربعة يكفي الخمسة والستة وإن البركة في الجماعة فمن صبر على لأوائها وشدتها كنت له شفيعا أو شهيدا يوم القيامة ومن خرج عنها رغبة عما فيها أبدل الله به من هو خير منه فيها ومن أرادها بسوء أذابه الله كما يذوب الملح في الماء)). [البزار، ((الضعيفة)) (5532)]

(Lemah)
Daripada ‘Umar RA beliau berkata: Harga barang telah meningkat naik di Madinah dan kesukaran semakin berat. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Bersabarlah dan bergembiralah kamu. Kerana sesungguhnya aku telah memberkati alat penimbang dan cupak kamu. Makanlah makananmu dan janganlah kamu berpecah belah. Sesungguhnya makanan seorang mencukupi untuk dua orang. Makanan dua orang mencukupi untuk empat orang. Makanan empat orang mencukupi untuk lima ke enam orang. Sesungguhnya keberkatan itu ada pada jamaah (kesatuan). Sesiapa yang bersabar dalam kesukaran dan kesulitannya (Madinah), maka aku akan menjadi pemberi syafaat atau saksi untuknya pada hari kiamat kelak. Manakala sesiapa yang keluar daripadanya kerana benci dengan apa yang terdapat di dalamnya, maka Allah akan menggantikan tempatnya dengan seseorang yang lebih baik daripadanya di dalamnya. Sesiapa yang mengkehendaki keburukan kepadanya, maka Allah akan meleburkannya sebagaimana leburnya garam di dalam air.
[Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5532]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs