Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Bersabar dan mengharapkan pahala membebaskan hamba (daripada neraka)

Teks Bahasa Arab

الصَّبرُ والاحتِسابُ هنَّ عتقُ الرِّقابِ، ويدخُلُ اللهُ صاحبَهُنَّ الجنَّةَ بغيرِ حسابٍ.

Teks Bahasa Melayu

Bersabar dan mengharapkan pahala membebaskan hamba (daripada neraka); Allah SWT akan memasukkan para pelaku dua amalan ini ke dalam syurga tanpa hisab.

Sahabat Perawi

  1. Al-Hakam bin ‘Umair RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 28, hadis no. 89. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن الحكم بن عمير - رضي الله عنه - مرفوعا: ((الصبر والاحتساب هن عتق الرقاب، ويدخل الله صاحبهن الجنة بغير حساب)). [طب، ((الضعيفة)) (1860)]

(Terlalu Daif) Daripada al-Hakam bin ‘Umair RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bersabar dan mengharapkan pahala membebaskan hamba (daripada neraka); Allah SWT akan memasukkan para pelaku dua amalan ini ke dalam syurga tanpa hisab. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1860]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.