Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الْيَأْسُ إِحْدَى الرَّاحَتَيْنِ.
Teks Bahasa Melayu
Berputus asa adalah salah satu daripada dua kerehatan.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 108, hadis no. 528. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
أخرج أحمد - رضي الله عنه - قال: قال عمر في خطبته: تعلمون أن الطمع فقر، وأن اليأس غنى، وأن الرجل إذا أيس من شيء استغنى عنه.
Ahmad RA telah meriwayatkan, katanya: 'Umar berkata dalam khutbah beliau: "Ketahuilah kamu bahawa tamak itu adalah kefaqiran, putus asa itu satu kekayaan. Seseorang itu apabila dia berputus asa terhadap sesuatu, dia tidak lagi memerlukannya".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman