Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
صُومُوا، ووَفِّرُوا أشعَارَكُم فإنها مَجْفَرَةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Berpuasalah dan panjangkan rambut kalian kerana ianya akan memutuskan syahwat nikah.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1140, hadis no. 5759. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الحسن مرسلا: صوموا ووفروا أشعاركم فإنها مجفرة. [أبو عبيد في الغريب، الضعيفة (3787)]
(Lemah) Daripada al-Hassan secara mursal: Berpuasalah dan panjangkan rambut kerana ianya akan memutuskan syahwat nikah. [Riwayat Abu ‘Ubayd dalam al-Gharib. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 3787]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman