Berpuasa sehari bulan Sha’ban

TEKS BAHASA ARAB

لأن أصوم يوما من شعبان أحب إلي من أن أفطر يوما من رمضان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya aku berpuasa sehari bulan Sha’ban, benar-benar lebih aku sukai berbanding aku berbuka (tidak berpuasa) sehari pada bulan Ramadhan.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 74, hadis nombor 307. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

من كلام علي رضي الله عنه فإن رجلا شهد عنده على رؤية الهلال فصام وأمر الناس بالصيام، وقال: أصوم يوما. . إلى آخره.

Berasal daripada ucapan ‘Ali RA, kerana seorang lelaki telah bersaksi kepadanya bahawa dia melihat bulan sabit, lalu beliau pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa seraya berkata: “Aku berpuasa sehari….hingga akhir”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs