Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لأَنْ أَصُومَ يَوْمًا مِنْ شَعْبَانَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أُفْطِرَ يَوْمًا مِنْ رَمَضَانَ.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya aku berpuasa sehari bulan Sha'ban, benar-benar lebih aku sukai berbanding aku berbuka (tidak berpuasa) sehari pada bulan Ramadhan.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 74, hadis no. 307. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
من كلام علي رضي الله عنه فإن رجلا شهد عنده على رؤية الهلال فصام وأمر الناس بالصيام وقال أصوم يوما. . إلى آخره.
Berasal daripada ucapan 'Ali RA, kerana seorang lelaki telah bersaksi kepadanya bahawa dia melihat bulan sabit, lalu beliau pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa seraya berkata: "Aku berpuasa sehari....hingga akhir".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman